Wednesday 19 December 2012

Ayat RuQyah Shifa

Ayat RuQyah Shifa




Kelebihan ayat Ruqyah

Kelebihan ayat Ruqyah,Amalkan ayat ruqyah berikut setiap hari selepas subuh dan Maghrib, baik juga sebagai wirid harian. Selepas Isyak baca Ratib Al Haddad. Setiap lepas subuh juga dan Asar, baca Wirdul Latif. Website Ratib Al Haddad dan Wirdul Latif dibawah ini: http://www.alhawi.net/


Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah." Sihir pulak tergolong dalam kejahatan yang tercatat di dalam Al Quran, Wujudnya sihir di dunia ini adalah sebagai ujian dan cubaan walaupon sihir ini tidak diredhai oleh Allah SWT dan dilarang untuk melakukannya.OK maksud ringkasnya ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misteri. "



Cara untuk mengesan dan atasi gangguan-gangguan ini antaranya ialah menggunakan Ayat Ruqyah. Ayat RUkyah ni ialah gabungan dari ayat-ayat Al Quran yang boleh digunakan untuk mengesan jin dalam badan atau di rumah kita. Maksud ruqyah adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit, seperti panas disebabkan sengatan binatang, dan mcm2 lagi”


Keistimewaan Ayat Ini :-


Simptom yang akan didapati selepas mendengar :-


1)denyutan jantung makin kencang

2)badan bergegar

3)ada benda bergerak-gerak bawah kulit

4)mengantuk/menguap

5)batuk

6)gelisah

7)panas di tengkuk


Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui salruran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk.


Dengan mendegar mp3 ini, insyaAllah mampu menyembhkan penyakit – penyakit misteri antaranya :-


-Fikiran runsing/jiwa gelisah

-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka

-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan

-Ketengangan dalam rumahtangga

-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam

-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa

-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua

-Menguatkan hafalan dan pembelajaran

-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran

-Membersihkan aura diri dan menyahkan energy-energy negatif dari badan


Cara Menggunakan Mp3 Ini :


RUQYAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin,kerana fadhilat ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta memagar diri kita.Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (surah taha ayt 1) .Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar…InsyaAllah..




Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu :-


1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).


2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.


3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.


4)Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.


5)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.


6)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.


Ratib Al Haddad susunan Imam Abdullah Bin Alwi Al Haddad. Ayat-ayat Ruqyah (ayat-ayat untuk masalah gangguan sihir):

  1. Baca Ta'wuz yakni baca : A'udzubillah hingga habis
  2. Baca : A'uudzubikalimaatillaahit taammaati min syarri maa khalaq (3x)
  3. Bismillaahilladzie laa yadhurru maa 'a'smihi shai’un fil ardhi wa laa fis-samaa'i wa huwas samii ‘ul ‘aliim. (3 x)Tiga ayat atas untuk orang yang mengubati pagar diri. Boleh juga bagi orang yang terkena sihir. 
  4. Basmallah biasa
  5. Al Fatihah
  6. Ayat 1-5 Al Baqarah
  7. Ayat 102 Al Baqarah
  8. Ayat 163-164 Al Baqarah
  9. Ayat 225 Al Baqarah (Ayatul Kursiy)
  10. Ayat 285-286 Al Baqarah
  11. Ayat 18-19 Ali Imran
  12. Ayat 54-56 Al 'Araaf
  13. Ayat 117-122 Al 'Araaf
  14. Ulang ayat 120 Al 'Araaf (30 x)
  15. Ayat 81-82 Surah Yunus (7 x)
  16. Baca: Innallaaha sayub-thiluh (70 x) (ini sebahagian ayat dari ayat 80 surah Yunus)
  17. Ayat 69 surah Taahaa (7 x)
  18. Ayat 115-118 surah Al Mukninuun
  19. Ayat 1-10 surah Ash Shaaffaat
  20. Ayat 29-32 surah Al Ahqaf
  21. Baca: Yaa qaumanaa Ajiibuu daa'iyallaah (7 x) (ini sebahagian ayat dari ayat 31 surah Al Ahqaf)
  22. Ayat 33-36 surah Ar Rahman
  23. Ayat 21-24 surah Al Hasyr
  24. Ayat 1-9 surah Jinn
  25. AL Ikhlas
  26. Al Falaq
  27. An Naas


No comments:

Post a Comment