ABOUT ME





Diberi nama, Mohd Rosli Bin Ramli oleh kedua-dua ibu bapa tercinta, ayahanda Ramli Bin Omar dan bonda Siti Rafiah Binti Sh Abd Rahim. 

Dilahirkan di sebuah Kg Pahang Tua, Pekan Pahang. Memulakan alam persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Pahang Tua selama 6 tahun dan kemudian meneruskan alam Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan tengku Abdullah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Perjuangan menuntut ilmu diteruskan selepas itu di Universiti Teknologi malaysia ( UTMKL ) selama 3 tahun dari tahun 2001 - 2004. Mengikuti krusus Kejuruteraan Mekanikal Aeronautik.

Selepas tamat pengajian di UTM, diri berasa kurang ilmu dan mengambil keputusan menyambung pengajian dalam bidang teknikal di TATI Kolej dalam bidang Kejuruteraan Pembuatan . Setelah tamat pengajian pada bulan Januari 2006 dan terus merantau mencari pekerjaan di Kuala Lumpur.

Kini diri berkerja sebagai Project Coordinator di MTK Communication Sdn Bhd di Shah Alam dalam bidang Kejuruteraan Telekomunikasi.

Merupakan suami kepada isteri tercinta, Haslinda Binti Hashim dan dikurniakan setakat ini dengan dua orang cahaya mata yaitu Muhammad Raif RafiQQin dan Muhammad RizQi Adha.

Sekian :)


Utusanku = Rosli + Penelitianku = Ramli

No comments:

Post a Comment